Wednesday, June 13, 2012

cara-cara membuat 3 layers tea




kalau pegi restaurant, pernahkah kamu minta minuman macam dalam gambar ni? ala.. yang tiga lapis tu.. mungkin kalau pegi kedai mamak teh tiga lapis dia xfaham. kamu perlu cakap three layers tea baru dia faham. hehehe.

apa pun, aku mau cuba buat benda ini.  kalau xsilap satu gelas tu rm3.50 juga wooooo.. bila tengok bahan-bahan ni memang padanlah harganya macam tu.. @,@

bah, jangan banyak cakap, mari kita belajar buat teh tiga lapis ni sama-sama.

Bahan-bahan
200 ml susu cair

Ais secukupnya



Bahan Air Teh

200 ml air panas

1 uncang teh

Bahan air gula Melaka
80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

1. Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
2. Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
3. Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
4. Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
5. Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

3 comments:

-c.owen said...

As I am with all my public followers, I'm commenting to let you know that my blog url has changed.

It is now:
htttp://screamingrain.blogspot.co.uk

it's still the same site, just new url.

AJ said...

hi owen!
okay!.i'll visit ya blog after this:)

abi.khairz said...

menarik...