Wednesday, November 9, 2011

malam-malam terbaca tentang Prinsip Keadilan

"Pandangan mengenai keadilan ini berubah apabila kanak-kanak meningkat usia, di mana mereka mulai menghargai unsur kerjasama. Tekanan kepada hukuman dan tebusan dosa mulai berkurang. Kemoralan kanak-kanak di peringkat ini mulai memasuki kemoralan subjektif. Mereka mula memahami bahawa hukuman terhadap kesalahan adalah mengikut kategori. Jika berat kesalahan, maka beratlah hukumannya. Kanak-kanak pada peringkat ini menjadikan ibu bapa dan orang yang berpengaruh kepadanya sebagai orang yang mempunyai kuasa dalam menentukan keadilan. Ringkasnya, kanak-kanak di Tahun Empat ini mentafsirkan adil sebagai apa yang diarah atau diperintah oleh orang yang lebih dewasa".

betul.

No comments: