Sunday, October 30, 2011

review barang-barang

puuhhh..da berhabuk blog ni. saya ingatkan saya makin rajin update tapi hakikatnya tidak. hahaha.
baiklah, hari ini saya ingin membuat review untuk beberapa jenis barang yang saya selalu beli. kalau selalu beli tu maknanya memang barang baik punya!
check it out!

kalau kamu pengguna contact lens, saya mencadangkan kamu guna ciba vision air optix aqua. da banyak brands saya try tapi belum ada yang dapat menandingi keselesaan apabila memakai contact lens yang ini. boleh bawa tidur dan bawa berenang (jangan tiru). rasa macam mata semulajadi!. :p

saya pasti semua orang pernah dengar brand nivea kan?. untuk losyen, saya lebih suka pakai nivea sebab ia mudah meresap ke dalam kulit dan memang berkesan. kalau rasa kulit da makin gelap, apa kata kamu cuba pakai nivea extra whitening cell repair. pastikan ada logo 50x tu ya!. kalau inginkan extra extra fair lagi, belilah dua botol, kecil dan besar, yang besar untuk pakai di rumah manakala yang kecil untuk dibawa berjalan. bila kering pakai, lepas cuci tangan, pakai. kalau tidak cerah dalam masa sebulan ntahlah. hehehe..

baiklah. untuk perfume, saya cadangkan burberry brit EDT (travel kit). ni kamu boleh jumpa di airport saja. limited edition. actually, this goes on slightly spicy but dries down to a soft, powdery finish. sesuai untuk kamu yang berjalan-jalan banyak tempat, sekejap di pasar, sekejap di bank.. kehkehkeh

baiklah. yang ini pula euphoria EDP by Calvin Klein. ini memang kegemaran saya. ni pun travel kit juga. bukan pa, travel kit kecil dan boleh la bawa dalam bag. this perfume is sweet but not cloying. it makes me feel empowered and more confident bah!. sesuai untuk aliran pengudaraan yang baik. semakin lama semakin harum..

kepada yang suka makan gula-gula, pernahkah kamu mencuba eclipse?. ia bukan sahaja meneutralkan bau makanan dalam mulut tetapi ia juga bisa menghilangkan rasa mengantuk!. powerful fresh breathe!. agak mahal tapi berbaloi kerana isi di dalamnya boleh bertahan sampai 2 minggu (penggunaan tidak termasuk bagi kawan-kawan).


rambut oh rambut. saya telah mencuba pelbagai jenis syampu yang ada di pasaran tetapi sejak saya menggunakan CLEAR complete soft care sebulan yang lalu, saya tidak ingin tengok yang lain. hanya sekali penggunaan, ia boleh menghilangkan ketidakselesaan kulit kepala. kepada yang berambut panjang, sangatlah disyorkan kerana ia mampu membuatkan rambut 3x lebih lembut!*dengan penggunaan conditioner.


beralih kepada gigi. berus gigi systema full head sangat berkesan untuk membersihkan gigi. tak pernah nampak berus sehalus ini. saya dapat rasakan semua celah-celah gigi tu dia teroka tau!. pokoknya inilah berus gigi terbaik pernah saya jumpa (ayat melampau). tidak perlulah berus gigi yang ada elektrik tu, buat penat, tak bersih pun.. lalala


orang bilang trend make up tahun 2011 ialah lipstick mesti merah membara tapi untuk tahun ini, saya masih tidak ingin mengikuti trend tersebut kerana bagi saya, warna merah tu tidak sesuai untuk rupa saya. nanti saya jadi macam badut pula. so, paling penting, kalau mau ikut fashion, pastikan ia sesuai dengan kita. kalau tidak, ia hanya mencacatkan penampilan..


yang ini ialah kad kawin. saya tau, ramai yang nak kawin hujung tahun ni kan?. apa kata kamu buat kad kawin yang kreatif. lain dari yang lain. tahun ini, kad kawin paling kreatif yang saya dapat ialah kad kawin kakak dan abang senior saya. macam tiket masuk kapal MAS.. hehehehe


yang terakhir ialah majalah. saya suka majalah herworld kerana isi kandungannya tidak bertumpu kepada fesyen semata-mata tetapi merangkumi lifestyle, foods, family dan macam-macam lagilah. pokoknya, majalah ni banyak info yang berguna untuk saya! :)

baiklah, da banyak saya tulis. rasanya sampai sini sahaja buat masa ini. insyaallah saya akan ke udara lagi di lain masa!
tata ~ ~ ~ :D