Wednesday, September 14, 2011

Dark Spot

Picture
Masalah bintik hitam.
Bintik hitam, dikenali sebagai brown spot atau dark spot dalam bahasa Inggeris. Bintik hitam pada muka merupakan suatu masalah yang lazim dihadapi oleh semua wanita Bintik hitam merupakan bintik-bintik berwarna coklat yang mana muncul dalam dan sekitar pipi, lengan dan tangan. Lazimnya, orang yang mempunyai warna kulit yang cerah akan lebih kerap menghadapi masalah ini. Walau bagaimanapun, bintik-bintik hitam pada muka akan mengakibatkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar kita. Oleh itu, kita mesti mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan kewujudan bintik-bintik hitam pada muka.

Faktor-faktor membentuk bintik-bintik hitam pada muka

Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan pembentukan bintik-bintik hitam pada muka. Faktor yang paling umum adalah pendedahan kepada sinar matahari yang melampau. Kulit kita mengandungi melanin. Justeru itu, untuk melindungi kulit kita daripada sinaran ultraviolet matahari, melanin akan menyerap sinaran matahari serta membentuk bintik hitam pada muka.  Sekiranya seseorang mendedahkan diri di bawah sinaran matahari dalam tempoh yang panjang, maka melanin akan berkumpul dan membentuk bintik-bintik hitam.

Faktor-faktor yang lain yang akan membentuk bintik-bintik hitam pada muka ialah :

·Tekanan

·Kehamilan

·Penuaan

·Genetik

·Hormon

·Langkah penjagaan kulit yang tidak tepat

Cara- cara yang dapat menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka

1.      Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan spesifik

Rawatan yang sedia ada melibatkan produk komersil yang mendakwa dapat memulihkan kulit yang berbintik hitam. Biasanya, produk komersil ini mengandungi hydroxyl acid, Retin A, alpha hydroxyl acids, beta hydroxyl acid, salycilic acid, vitamin C, vitamin E, green tea, hydroquinone, kojic acid dan antioxidant.  Boleh dikatakan bahawa hydroquinone dan kojic acid  adalah agen yang melambatkan produktiviti melanin.  Salycilic acid dan glycolic acid menghilangkan pigmentasi dan mengelupaskan kulit mati, supaya kulit kita dapat melahirkan sel kulit dengan lebih cepat.

2.      Penggunaan Aloe Vera atau ekstrak tumbuh-tumbuhan
Aloe Vera atau ekstrak tumbuh-tumbuhan yang mempunyai berbagai-bagai vitamin dan mineral adalah amat bermanfaat untuk kulit kita. Pengambilan jus Aloe Vera atau penyapuan gel pada kawasan muka yang telah dipengaruhi merupakan suatu rawatan yang amat berkesan bagi kulit yang berbintik hitam. Ekstrak Aloe Vera yang tulen adalah lebih efektif berbanding dengan krim atau losen yang mengandungi Aloe Vera. Aloe Vera dapat membekalkan Vitamin E dan C yang diperlukan oleh kulit kita. Ekstrak Aloe Vera yang disapukan pada kulit boleh bertindak sebagai perlindungan  semula jadi dan mekanisme pertahanan kulit. Mekanisme ini dapat melindungi kulit daripada kecederaan  akibat sinar matahari, parut dan  membantu menenangkan keradangan dan kemerahan. Aloe Vera juga terkenal kerana fungsinya yang dapat menyembuhkan kulit yang telah cedera.

3.      Terapi laser untuk bintik-bintik hitam

Laser merupakan cara yang paling cepat dan senang untuk menghilangkan bintik-bintik hitam. Laser akan meghasilkan cahaya. Cahaya yang dipancarkan akan diserap oleh oxyhemoglobin. Oxyhemoglobin merupakan sel darah merah yang menghantar oksigen dan melanin yang mana menyebabkan atau memusnahkan sel-sel yang tidak diingini sementara meninggalkan sel-sel yang sihat terus utuh. Rawatan laser  adalah lebih selesa dan memerlukan masa pemulihan yang pendek berbanding dengan cara rawatan yang lain.

Rawatan yang boleh dijalankan dalam rumah

Terdapat beberapa rawatan yang boleh dijalankan di dalam rumah supaya dapat menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka, iaitu :

·Melakukan pengelupasan kulit muka secara kerap.

·Memakai produk sunblock

·Menyapukan  campuran yang diperbuat daripada limau dan jus tomato pada bintik-bintik hitam.  Biarkannya selama satu malam dan membasuhkannya dengan air suam.

·Menyapukan mask yang diperbuat daripada kentang yang mentah selama 10 minit.

·Mencampurkan serbuk kayu cendanadengan air ros dan mengaplikasikan campuran ini pada bintik-bintik hitam.

·Menyapukan mask yang diperbuat daripada madu dengan sedikit jus turmeric yang mentah pada muka.

·Memotong bawang dan perahkan bawang merah menjadi jus.  Sapukan campuran ini pada kulit dan basuhkannya selepas 10 minit.

·Krim masam juga amat berfaedah dalam  meringankan bintik-bintik hitam. 

·Kulit limau kering yang dicampurkan dengan yogurt dapat  mengurangkan kewujudan bintik-bintik hitam.

Kesimpulannya, pembentukan bintik-bintik hitam sebenarnya dapat dicegah. Selain itu, kita juga mesti memilih produk yang bersesuaian dengan jenis kulit kita. Sekiranya mempunyai masalah atau pertanyaan selanjutnya, boleh mengunjungi klinik pakar atau ahli dermatologi.


RUJUKAN

 
Rimlee Buryan, 2010. Dark Spots on Face. http://www.buzzle.com [1 March2011]

Anon,  2009. How To Treat Brown Spots And How To Get Rid Of Brown Spots. http://www.beauty-advices.com [1 March 2011]

Anon,  2008. Dark spots on face, Dark spots treatment using aloe vera gel?
http://www.home-remedies-for-you.com[1 March 2011]

2 comments:

nurafiqah idris said...

i dont want lubang di muka. how to do it mem? dem

beaty said...

wah sa mau try yang tomat sama jus limau tu...harp2 berkesan..