Monday, March 7, 2011

cela kulit



awal pagi lagi tengok BH online dan tertarik dengan rencana Hilangkan cela kulit oleh Nor Affizar Ibrahim. isu-isu macam ni memang selalu jadi tumpuan kaum hawa.

saintis Estee Lauder mendapati, empat utama yang menyebabkan kulit masyarakat Asia secara keseluruhannya menjadi kusam dan malap ialah penyahidrasi, tekstur kulit tidak serata, kolagen tidak tersusun dan juga pengedaran mikro yang lemah. Kurang hidrasi, bukan saja menyebabkan kulit rasa tegang dan tidak selesa tetapi juga punca utama kulit kelihatan kusam dan malap secara keseluruhannya. Tanpa hidrasi secukupnya, sel pada dataran kulit menjadi kelam dan menyebabkan kulit kelihatan tidak sihat, bertenaga serta berseri.

Kehadiran tompok kasar pada dataran kulit akibat tekstur kulit tidak sekata mengakibatkan ia tidak mampu menyinarkan seri cahaya secara keseluruhan, sekali gus menyebabkan kulit kelihatan berbelak-belak, malap dan kusam.

Kehadiran tompok kasar pada dataran kulit akibat tekstur kulit tidak sekata mengakibatkan ia tidak mampu menyinarkan seri cahaya secara keseluruhan, sekali gus menyebabkan kulit kelihatan berbelak-belak, malap dan kusam.

Apabila kulit semakin matang pula, serat kolagen semakin lemah dan menjadi tidak tersusun. Keadaan ini menyebabkan cahaya seri tidak mampu memancar pada kulit, menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan tidak berseri.

Kajian saintis Estee Lauder turut mendapati, pengaliran darah pada dataran kulit di kalangan masyarakat Asia kurang menyebabkan kulit kelihatan malap dan tidak begitu sihat.

Membandingkan kulit orang Asia dan Barat, Pengarah Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Biologi Kulit Estee Lauder, Dr Nadine Pernodet, berkata kulit orang Asia mempunyai lapisan corneum atau lapisan lembapan yang lebih nipis.

Katanya, ini menyebabkan penyahhidratan kulit berlaku lebih cepat, seterusnya boleh menyebabkan kulit cepat tua dan tekstur kulit menjadi kasar.
“Kami dapati bintik gelap akibat usia muncul di kalangan masyarakat Asia pada peringkat umur lebih muda berbanding kulit orang Barat, mempercepatkan lagi pertukaran tona kulit orang Asia. Di samping itu, terdapat perbezaan antara penyusunan kolagen dalam kedua-dua jenis kulit. Ini memberi kesan terhadap bagaimana cahaya disebarkan, menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan kurang berseri.

“Kulit orang Asia juga mempunyai masalah peredaran mikro. Ini bererti darah mereka kurang mengalir pada lapisan atas kulit yang boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kurang bermaya,” kata Dr Nadine.

Kajian bermula pada 2007 itu dijalankan ke atas 490 wanita Jepun di Tokyo, Jepun dan 380 wanita Barat di Long Island, New York.

Menjelaskan lebih lanjut bagaimana kolagen tidak tersusun boleh menjejaskan kulit, beliau berkata apabila cahaya terkena pada kulit, hanya sebahagiannya saja yang memancar balik secara terus daripada datar kulit.

Sebahagian lagi cahaya, katanya, juga dipancar dari lapisan bawah kulit sebelum memancar kembali. Ini menyebabkan kulit nampak “mengeluarkan seri dari dalaman”. Apabila struktur kolagen kulit menjadi tidak tersusun, ia boleh menangkis “seri dari dalaman” itu dan menghapuskan kecerahan semula jadi serta meninggalkan kesan gelap dan tidak berseri pada kulit.

2 comments:

adele said...

jadi..penyelesaiannya mcmana? any suggestion? kulit muka mmg kusam kadang2..stkt ni pkai masker mustika ratu, mmg ok blk lps tu :D

Ayin J. said...

bguslah kalau mcm tu.kulit kusam sebab kulit mati atas kulit xdbuang.so kena pkai masker.:)