Tuesday, May 25, 2010

Kesihatan Sistem Pencernaan

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencernaan
  • Jenis makanan
    Karbohidrat (buah-buahan, bijiran) paling cepat dicernakan, diikuti protein (kekacang) dan lemak (mentega, kacang). Campuran makanan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan.
  • Gabungan makanan yang tidak sesuai
    Sestengah orang mungkin menghadapi masalah pencernaan apabila mengambil sesetengah gabungan makanan, seperti pengambilan buah dengan sayur-sayuran.
  • Cara masakan
    Makanan yang digoreng atau berkandungan lemak tinggi memerlukan lebih masa untuk dicernakan.
  • Minum air sewaktu makan
    Air dan jus yang diambil bersama makanan akan mencairkan jus pencernaan dalam perut, lalu melambatkan pencernaan.
  • Jenis makanan
    Sesetengah makanan dan minuman seperti teh, kopi, rempah, perasa makanan, makanan manis, cuka, jeruk dan makanan berlemak melambatkan proses pencernaan.
  • Suhu makanan
    Makanan dan minuman yang terlalu panas (atau sejuk) akan melambatkan atau melemahkan sistem pencernaan.
  • Aktiviti cergas
    Senaman, mandi atau belajar secara intensif sebelum atau selepas makan akan mengalihkan perhatian otak dan melambatkan proses pencernaan.
  • Makanan berlebihan
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan terlampau cepat membebankan sistem pencernaan dan menjejaskan fungsinya.
  • Masa makan yang tidak tetap
    Pengambilan makanan ringan antara waktu makan dan tidak mengamalkan masa makan yang tetap akan menggunakan tenaga berlebihan dan menjejaskan selera makan.
  • Keresahan atau stres
    Proses pencernaan akan terganggu apabila makanan diambil semasa teruja, gelisah, mengejarmas atau sedih.
  • Ketidak-seimbangan flora usus
    Keseimbangan bakteria baik yang terdapat secara semulajadi dalam usus untuk membantu pencernaan akan diganggu oleh stres, diet yang kurang sihat atau pengambilan antibiotik.

Makanan Berfungsi (Functional Food)

Baru-baru ini, pakar pemakanan mengesyorkan 'makanan berfungsi' (functional food) istilah yang diberikan kepada makanan yang meningkatkan kesihatan dan mencegahkan penyakit. Ianya terdiri daripada makanan segar atau diproses, yang pentingnya ia mengandungi khasiat melebihi nutrisi asas. Contoh makanan berfungsi termasuk:

Untuk kesihatan pencernaan
yoghurt, sayuran dan buah berserat tinggi,
bijiran, beras perang, madu, bawang merah
dan bawang putih

Untuk penglihatan yang baik
kale, bayam, telur, jagung

Untuk jantung sihat
teh, koko, coklat, epal, anggur

Sebagai pengantioksidan untuk
memerangi radikal bebas

lobak merah, ubi keledek, labu kuning


 Untuk tulang yang kuat
ikan sardin, bayam, yoghurt, roti diperkaya
dengan zat, produk soya

Untuk sistem imun yang sihat
ikan, daging merah, bawang putih, hati, telur

2 comments:

SJB said...

Chocolate baik untuk jantung?. Wah best ni boleh lah saya makan banyak chocolate ni heheh.

Ayin jemin said...

ya...tp kalau blebihn bkin gemuk..sy pun tkut mau mkn cklat sbb mummy sy skit pasal coklat.. :(