Saturday, April 17, 2010

Tun Dr. Mahathir Mohamad

sedang aku sibuk-sibuk mencari artikel tentang kesihatan, aku singgah la di blog kesihatan ni. terus nampak tentang rahsia muda Tun Dr. Mahathir Mohamad. jom kita baca... sebelum tu buangkanlah perasaan berbaur politik. kita enjoy bah.. :)





Apa hobi Tun pada masa lapang?

Sebenarnya saya tidak banyak masa lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencana untuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan.

Kalau ada masa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.
Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?

Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percaya kalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagi tugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatan dan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasa lebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas.

Jadi, orang yang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akan menghabiskan masa siang dan malam mereka.


Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?

Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari. Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapi kegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yang saya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dan sayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.

Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Saya makan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiap kali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.

Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?

Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapat bahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab. Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dan saya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya.

Sebab itu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salah faham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balik berdamai. Dan saya tak minat untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.



oleh Marhaini Kamaruddin, Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah dan Amirah Amaly Shafaat

7 comments:

Fara Dee Dilah said...

nah Aj, bulih ikut dia punya petua kesihatan..hoho..mari kita pg menunggang kuda d kk nanti maw?hihi

Ain Jemin said...

wow..mau2
bah fara..bila jg ko blik ni..eeeeee

SyimaSyaz said...

i love tun

joegrimjow said...

salah sorg yg ku admire
;)

Ain Jemin said...

sama la joe..

Fara Dee Dilah said...

aku balik 8hb..
syg nda sbr jumpa ko.huhu..

Ain Jemin said...

ooo..bah fara..aku sedia menunggumu!!!