1. KUIH PENJARAM
ini ialah kuih daripada suku kaum Bajau. memang sedap dimakan especially yang dimasak oleh yang pakar membuat kuih ini aka nenek aku la siapa lagi..hehehe. ada banyak perisa. yang popular macam di atas ni la perisa gula melaka. ada juga perisa pandan dan butter.
2. HINAVA
ni memang makanan kegemaran aku ni..aih.. sedap bah ni... it has a pleasant sourish taste and smell, and slightly powdery texture. yummy!!!!
Cara untuk membuat hinava. Hanya 30 minit saja untuk membuatnya.Selamat mencuba.
( Khas untuk 5 orang makan )
Bahan-bahan
Ikan Yu 250gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 1 sudu kecil
Cili padi 10 biji
Limau nipis 5 biji
Air 250ml
Cara-cara
Panaskan Air sehingga mendidih, buang sisik ikan yu, rendamkan ikan yu kedalam air panas tadi selama 3 minit, hiris isi ikan kecil-kecil mengikut kesukaan, masukkan ke dalam mangkuk, tambahkan 3 cubit garam, 2 cubit gula, serbuk perasa, cili padi 10 biji dan air limau nipis.
Gaulkan sebati (jika kekurangan rasa bolehlah ditambah ikut kesukaan) dan biarkan setengah jam sehingga ikan masak dan kemudian boleh dihidangkan...
3. AMBUYAT
nampak ka yang cair-cair tu?. itu la ambuyat. ambuyat ni diperbuat daripada pokok sagu atau pokok rumbia. ala..ini terkenal dengan orang brunei. rasa dia ni macam rasa sagu yang dalam bubur tu bah cuma ambuyat ni bentuknya begini. kalau yang penggeli dan suka terbayang-bayang lain benda tu jangan la makan. apapun, i love this!. i can eat it everyday!.LOL. aku suka cecah sama sambal buatan aku (limau kasturi,cili padi,belacan, garam) wowowowowow.. sedap sampai telinga!. hahahaha
4. TUHAU
serius, sebelum aku sampai di keningau ni, aku ndak pernah kenal sama Tuhau. pada suatu hari tu ada la kawan aku ni nama dia si nieza bagi aku rasa tuhau. peh.. ndak tertelan aku sebab rasanya macam kesisang hitam aka serangga yang banyak keluar dari padi.. adoii.. hahaha. tapi kan, makin lama aku di keningau ni.. makin sedap pulak tuhau ni. nah, sekarang aku pandai sudah makan. memang bikin ketagih!!!!.
kalau di semenanjung guna bunga kantan untuk laksa, di sabah pula guna batang bunga kantan untuk buat tuhau..
Bahan-Bahan :
-1 kati tuhau
-1/2 cawan jus limau nipis atau cuka
-2-4 bawang merah yang dihiris halus
-2– 3 cili merah dihiris halus
-Garam secukup rasa
Cara Menyediakan :
Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan bahan-bahan yang lain.
4. BAMBANGAN
i have no idea apa nama buah ni dalam Bahasa Melayu yang betul-betul. ada ka ni di semenanjung?. kalau di sabah orang panggil bambangan. ni sedap untuk membuka selera makan. macam makan mangga.. ssluuuurrpp...
Bahan-Bahan :
-5 biji buah bambangan
-4 biji bambangan
-Garam secukup rasa
Cara Menyediakan :
Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.5. KARATAAN/BOSOU
ini aku belum try lagi. tapi aku pernah nampak di uma nenek aku sebelah mama. mungkin macam pekasam kali. apa pun, ni resepi dia aku tengok dari google..
ini resepi jeruk/pekasam.
bahan-bahan:
1.ikan sepat(apa-apa pun boleh, koruk bilis,daging ikut suka )
2.nasi
3.Pangi
4.garam.
ikan di bersihkan.ambil isi pangi dan hiriskan tapi jangan terlalu halus.campur bahan-bahan 1-4.garam sesedap yang mungkin.Simpan dalan satu tempat(kakanan yang paling bagus).seal itu mulut kakanan .tunggu 2 minggu baru bule dimakan.kalo mau sedap lagi guring. rupa ini makanan mcam muntah kucing ba,tapi sedap....ba selamat mencuba!
6. KODOP / KULAT PUTIH
Sedap bah kodop ni... kodop ni sejenis cendawan kayu berwarna putih. ia banyak tumbuh di kawasan sejuk macam kawasan bukit... di ranau, tamparuli, banjaran croker. eeii.. banyak betul ni melekat di kayu yang sudah mati.
hari tu aku pergi tamu di keningau ada djual. memang ramai orang jual...ramai orang kk pegi pajak ni kodop. aku tengok macik-macik tu punya la gembira memajak kodop....
resipi kodop area Tamparuli/Ranau
bahan untuk menumis
1. bawang merah
2. bawang putih
3. halia
bahan-bahan
1. kodop (harga RM1 setompok)
2. losun/jika losun tiada boleh pakai daun bawang (losun = sejenis bawang-isinya warna putih dan berdaun panjang) banyak dijual di area pedalaman Ranau, tambunan n keningau
3. lada putih
4. ikan masin/ikan bilis
5. 1 batang bunga tepu/bunga kantan (untuk pewangi dan menyedapkan rasa)
6. tuhau (sejenis tumbuhan biasanya tumbuh di hutan - biasanya yg dimakan adalah sulur/anak pokok)
cara penyediaannya
1. kodop/kulat perlu dibersihkan terlebih dahulu. selalunya kodop ini mempunyai ulat/giuk yg memakan kodop ini maka perlu dibersihkan dan toskan, seeloknya potong batang/akar kulat tersebut kerana terdapat kulit kayu dan bila dimakan tidak berapa sedap serta berpasir/anasir2 kayu reput.
2. losun, tepu/bunga kantan, tuhau, ikan masin atau bilis perlu di potong mengikut citarasa. termasuk lada putih belah dua. jika tida nanti meletup tu lada putih susah nanti. yg tinggal di periuk hanya beberapa biji lg.
3. panaskan minyak, masukkan bahan tumis, masukkan kodop dan bahan2 lain. gaul sehingga masak...
nota: seeloknya goreng ikan masin atau bilis sehingga garing barula dicampurkan dlm bahan2 di atas...
7. AMPLANG
Amplang ni sejenis keropok yang diperbuat daripada isi ikan tenggiri. amplang memang terkenal di selatan sabah terutama di Bahagian Tawau. sedap ni kalau makan sama sos. rasa cam makan keropok lekor.. heheheh. kalau sesiapa yang datang ke tawau memang akan membawa berguni-guni amplang. hohoho
bah, cukuplah ada 7 jenis makanan tradisional sabah. ndak larat aku mencari yang lain. ada banyak lagi tu.
apapun, saya bangga menjadi orang Sabah. :D
babai..
jumpa lagi.:)









11 comments:
aku mau tuhau.......... :(
oopppsss...yg lain tu tak pnah lg cuba..hehehehe....
amplang tu sgt sedap..aritu sayang bwa pulang byk btul dr sabah..hahahaha...tp kejap sja udah abes..wuuuuu~
bosou tu ade dlm AF..mak adira anta..hahaha...
bapa la tuhau...sampai skg aku nda dpt telan..jgn kn telan aku tercium baunya seja trus suma yang aku makan nda dpt msuk perut termasuk nasi..
tapi..ya..ambuyat tatap di hati!ekekek
fara..memg mula2 tu ndak sedap..tp ntah napa skg ni aku ketgihan pulak..hhha.plik2
salam jem..oi3..knp ku taruk ni mknn tradisional sni..naa..aku tliur2 suda ni..suma slh ko..waaa...bambangan 2 yg nadk bule thn..adoiii...
salam tho!
hahaha..aku memg klpran ni tu la aku post.mau cept2 blik uma..
hahah..aku ni lg la...mmg ndak ksabaran mo blk..hr 2 da kwn ku p sbh,debat..nah..pa lg,krm amplang! trubat jgk slera ku..hahah
mohon share pict ambuyat & bambang coz mo post d FB saya....
Dlm bnyak2 yg koe tulis d atas tu... Kuih penjaram , Ambuyat(yg kmi sbut 'GAM') , Bambangan(itu pn testing2 ja) , Kodop(ni yg sya suka..cendawan baitu) dan Amplang....... mau tnya.. Sinamu prnh dngar..?? 'Sinamu' bau...x prnah rasa.. :)
Post a Comment